WE ARE OPEN! Selamat Hari Malaysia! Spend RM100 to enjoy RM6 off. Please use LUCKY6 for discount code during check out! Till 30 September 2021!
icon-search
icon-search

Peneram Premium Brown Sugar Authentic Malaysian Delight

Peneram Premium Brown Sugar Authentic Malaysian Delight

Kuih Peneram atau juga dikenali sebagai kuih peniaram,kuih genderam, kuih derang, kuih benderang dan kuih genderang di pantai timur Semenanjung Malaysia merupakan sejenis kuih manis tradisional. Tepung beras dan gula merah merupakan bahan utama untuk membuatnya.

Kuih peneram ini diilhamkan daripada kuih masyarakat india selatan akan tetapi sudah menjadi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di India ia dikenali sebagai adhirasam dan menggunakan lada hitam sebagai satu dari bahannya.

Kuih Peneram adalah nama yang tidak asing lagi. Sangat terkenal dikalangan “orang lama” dan disukai oleh generasi sekarang kerana keaslian bahan yang digunakan. Dulu kuih ini boleh diperoleh ketika raya, tetapi kesedapan kuih ini menjadikan ianya dinikmati tidak kira masa. Teknik dan masa perapan yang betul menjadikan kuih ini sangat digemari ramai. Sangat berbaloi dijadikan hidangan minum petang atau kudapan semasa menonton tv.

Bahan premium seperti tepung beras dan gula merah merupakan bahan utama dalam pembuatan nya. Lebih menarik lagi, ada yang menggunakan gula perang sebagai bahan istimewa di dalam pembuatan kuih ini. Ianya tampak mudah, tetapi jika inginkan keistimewaan dalam rasa dan tekstur, perlulah dilakukan secara teliti agar dapat hasil yang di inginkan .

Teknik yang betul dapat menghasilkan tekstur kuih yang akan membuat anda ketagih . Oleh kerana pembuatan yang begitu teliti, menyebabkan kuih ini sentiasa menjadi sebutan dan mempunyai keistimewaan nya sendiri . Peneram yang terbaik adalah mempunyai tekstur gebu di dalam dan rangup diluar semasa dihidang panas. Pemilihan gula yang terbaik beri pengaruh pada rasa manis pada kuih peneram ini. 

Dari segi faktor penyimpanan, hendaklah di sejukkan terlebih dahulu peneram yang panas dan ditoskan minyak untuk memanjangkan jangka hayat peneram. Peneram yang dihasilkan mampu bertahan 2-3 minggu jika disimpan dalam bekas kedap udara.

Kuih ini mungkin kelihatan seperti donut, tetapi pemanis mulut ini akan membuatkan anda tidak akan berhenti makan. Bukan mudah untuk menjumpai kuih ini sekarang, tetapi kami ada disini untuk membantu anda mendapatkan nya!

Peneram kami di potong nipis dan digoreng sempurna dengan setiap satu di buat dengan menggunakan tepung beras premium dan gula perang yang harum. Ah, benda yang berkualiti selalu nya dibuat dengan bahan yang terbaik dan premium. Jadi puaskan keinginan makan anda tetapi jangan kata kami tak bagi amaran, kuih ini sangat addictive. Anda mesti tidak boleh berhenti makan.

Kuih ini sedap di nikmati bersama teh dan kopi.


Kuih Peneram Premium Brown Sugar 


Peneram1.jpg



Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.