Just spend more than RM100 to enjoy 12% off. Please use TWELVE12 for discount code during check out! Till 30 June 2021!
icon-search
icon-search

Koya Kacang/Putu Kacang Asli Malaysia Delight

Koya Kacang/Putu Kacang Asli Malaysia Delight

Tidak semua mengenali nama-nama kuih tradisional walaupun pernah memakannya. Jika pergi membeli kuih di kedai, segelintir masyarakat sekadar menunjuk jenis kuih yang dibelinya tanpa menyebut nama kuih tersebut.

Adakalanya bila orang meminta untuk belikan kuih yang disenaraikan, boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak tahu nama kuih tersebut melainkan perlu melihat rupa bentuk kuihnya. 

Kuih ini sentiasa dinantikan ketika musim perayaan. Ianya turut dihidang kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

Biskut Putu Kacang Hijau adalah antara biskut tradisional yang enak dihidang di hari Raya. Hari ini Putu Kacang Hijau dimakan sebagai kudapan sambil bekerja dan juga sambil bersantai sendirian mahupun bersama keluarga samada di rumah, mahupun ketika berkelah. 

Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua bahan ramuannya. Namun kuih ini tidak asing lagi dikalangan orang muda kerana rasa dan keasliannya membuatkan ianya mempunyai permintaan tinggi tidak mengira masa. 

Paling menarik mengenai kuih ini adalah, kika dulu, Putu Kacang Hijau ini dijemur di bawah panas mentari, kini ada yang membakarnya sahaja di oven.  Namun, hakikatnya Putu Kacang Hijau yang di jemur di bawah panas terik adalah lebih enak berbanding dari yang diovenkan

Pembuatannya kelihatan ringkas, iaitu bahannya  berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi cara penyediaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi sekiranya inginkan hasil yang asli seperti zaman datuk dan nenek kita dahulu. Pembuatan kuih ini memerlukan penilitian yang tinggi agar hasilnya menjadi. Kuih putu kacang yang terbaik boleh bertahan lama dan sedap untuk dimakan tanpa rasa lemau. Hasil yang baik adalah Kuih putu kacang ini lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. 

Koya Kacang kami dimasak dengan sempurna dan masing-masing dibuat dengan tepung Mung Bean/Kacang Hijau yang premium dan keharuman dari daun pandan. Ah, benda yang berkualiti selalu nya dibuat dengan bahan yang terbaik dan premium. Jadi puaskan keinginan makan anda tetapi jangan kata kami tak bagi amaran, kuih ini sangat addictive. Anda mesti tidak boleh berhenti makan.

Kuih ini sedap di nikmati bersama teh dan kopi.


Kuih Koya Kacang/Putu Kacang


g.jpg



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.