WE ARE OPEN! Selamat Hari Malaysia! Spend RM100 to enjoy RM6 off. Please use LUCKY6 for discount code during check out! Till 30 September 2021!
icon-search
icon-search

Biskut Kelapa Authentic Malaysian Delight

Biskut Kelapa Authentic Malaysian Delight

Anda inginkan kudap – kudapan yang sedap dan boleh dimakan seisi keluarga? Bosan dengan kuih raya yang sudah ada? Inginkan kelainan? Kali ini, kami bawakan biskut kelapa yang rangup dan pasti akan menjadi kegemaran anda sekeluarga selepas ini. Antara banyak-banyak biskut ,  biskut kelapa ni antara yang memberi banyak kenangan kepada kami.Masa arwah nenek masih ada,dia antara penggemar biskut lembut

Biskut kelapa ini merupakan resepi yang ringkas. Ianya menggunakan kelapa parut sebagai bahan utama yang memberi rasa lemak kelapa tersebut. Rasa manisnya pula terdapat daripada gula kastor yang ditambah ke dalam adunan. Ianya kemudian dibakar sehingga masak menjadikan ianya rangup dan cair di mulut. Biskut kelapa ini juga jika dimakan pasti tidak boleh berhenti. Ini kerana, saiznya yang sesuai dengan sekali suap ataupun bite-size amat sesuai dimakan oleh anak – anak.

Antara banyak-banyak biskut raya, biskut kelapa ni antara yang memberi banyak kenangan kepada kami. Yang mudah ditelan dan cair dalam mulut. So kalau menjelang musim raya,biskut-biskut raya klasik seperti ini mesti ada. Tapi bukan makan sangat,hanya untuk diberikan kepada anak cucu yang datang berkunjung.

Yang menjadikan ianya istimewa adalah , kesemua bahan penting disangai (goreng kering tanpa minyak) . Disebabkan itu, ianya sangat wangi apabila dibakar dan boleh tahan lama berbanding kuih yang lain .

Isi kepala segar yang dikisar menjadikan kuih ini harum dan sangat sedap. Bila anda letak kuih ke dalam mulut dengan hanya satu gigitan anda akan terus terasa kemanisan kelapa yang akan menggamit kenangan kanak-kanak anda. Itu lah definisi melt-in-the-mouth untuk Kuih Kelapa. Bukan mudah untuk menjumpai kuih ini sekarang, tetapi kami ada disini untuk membantu anda mendapatkan nya!

Kuih Kelapa kami dimasak dengan sempurna dan masing-masing dibuat dengan isi kelapa segar yang dikisar dan butter yang premium. Ah, benda yang berkualiti selalu nya dibuat dengan bahan yang terbaik dan premium. Jadi puaskan keinginan makan anda tetapi jangan kata kami tak bagi amaran, kuih ini sangat addictive. Anda mesti tidak boleh berhenti makan.

Kuih ini sedap di nikmati bersama teh dan kopi.


Biskut Kelapa Ranggup


kelapa3.jpg




Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.