Just spend more than RM100 to enjoy 12% off. Please use TWELVE12 for discount code during check out! Till 30 June 2021!
icon-search
icon-search

Batang Buruk/Dahan Rapuh Authentic Malaysian Delight

Batang Buruk/Dahan Rapuh Authentic Malaysian Delight

Resipi kuih batang buruk asli. Kuih batang buruk merupakan biskut raya kegemaran ramai. Ianya rangup, lemak manis dengan rasa kacang hijau. Bila start makan susah nak berhenti.

Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Menurut cerita orang terdahulu, sebenarnya ia adalah kuih dan dipercayai berasal dari kerajaan Bintan.

Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng. Semasa membentuk doh, biasanya batang daun betik digunakan bagi membentuk doh silinder. Namun kini, rata-ratanya masyarakat menggunakan kulit popiah sebagai kulit teras dan menggulung sehingga berbentuk silinder.

Nama kuih batang buruk kemungkinannya disebabkan dari rupanya yang berbentuk batang pokok tetapi diselitupi dengan serbuk kacang hijau menjadikannya seperti kayu buruk. Dari rupanya, ia digelar batang buruk. Buruk sangat ke rupa kuih ini sampai diberi nama begitu sekali? Mungkin kerana rupanya seperti batang yang rapuh namun, itu semua hanyalah sekadar nama panggilan. Sekali anda rasa kuih ini, pastinya susah untuk berhenti kerana rasanya yang begitu asyik.

Kuih batang buruk ini adalah popular diseluruh Malaysia. Biarpun pelbagai aneka kuih dan biskut moden diperkenalkan namun kuih tradisional seperti batang buruk menjadi pilihan masyarakat tak kira masa. Walaupun kuih Melayu tradisional ini dikatakan kurang diminati golongan muda berbanding kek dan biskut yang lain, namun permintaan terhadap kuih ini terutama batang buruk dilihat semakin tinggi terutama pada musim perayaan.

Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja pada musim perayaan seperti seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha, dan tidak perlu ditempah lebih awal kerana akan ada pihak yang sentiasa membekalkan kuih ini sepanjang masa dek kerana permintaanya yang memberangsangkan.

Kuih batang buruk kini menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat kini tak kira dewasa mahupun kanak-kanak . Sifat kuih yang manis dan rangup membuatkan kita begitu asyik. Selain itu, tepung kacang hijau yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya menjadikan kuih ini sangat sedap dimakan kerana lemak manis dari kacang hijau tersebut.

Tak hairan mengapa kuih batang buruk ni amat diminati oleh semua golongan. Sangat sesuai dijadikan kudapan atau menu sampingan minum petang untuk seisi keluarga. Ianya juga sihat untuk dinikmati oleh semua peringkat umur kerana ianya tanpa pengawet dan juga kurang minyak.

Dahan Rapuh kami dimasak dengan sempurna dan masing-masing dibuat dengan kanji kacang hijau dan spring roll pastry yang premium. Ah, benda yang berkualiti selalu nya dibuat dengan bahan yang terbaik dan premium. Jadi puaskan keinginan makan anda tetapi jangan kata kami tak bagi amaran, kuih ini sangat addictive. Anda mesti tidak boleh berhenti makan.

Kuih ini sedap di nikmati bersama teh dan kopi.


Kuih Batang Buruk/Dahan Rapuh


b.jpg



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.